Fadhullah Aqib Bin Leman.
Let me tell you a story about my boyfriend and I. Mulanya cinta antara aku dan dia pada 12 September 2010. Hari paling bermakna buatku hee. Okay. 2 3 tahun lepas aku bermusuh dengan dia. Dia ni suka cari gaduh dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa. Dahlaa pendek, chubby gilaa pula tu. Tak sedar diri nak gaduh dengan aku yang tinggi ni wakaka :P Gaduh punya gaduh, akhirnya aku dan dia berpisah sebab dia dah naik sekolah menengah. Then time aku darjah enam, aku berbaik dengan dia but ada satu masa ni aku dan dia ada crisis. Sebab apa, aku tak boleh lah nak bagitahu.
Tahun 2010, bulan kegemaran aku iaitu bulan SEPTEMBER. Bulan yang terindah dalam hidup aku. Haa, disinilah bermulanya kisah si aku dan si dia hehee. Time aku dekat Times Square, nak cari tempat untuk berbuka puasa. Ain ajak aku pergi McDonald. Mula-mula aku tak nak pergi sebab aku dah tahu memang takde tempat kosong. Masa lalu McDonald tu, aku nampaklah Aqib ni tapi aku macam ragu-ragu sebab Aqib gemuk tak kurus. Mustahil kalau dia kurus hahaha :B Aku pun tegur prof. Then aku main conquer je tempat duduk diorang ngeh3. Aku asyik pandang Aqib je sebab aku tak percaya yang dia kurus. Usha punya usha, dia pandang aku. Aku pun terus pandang tempat lain. Then borak-borak semua, aku dengan Aqib main lempang lempang. Entah kenapa, tiba-tiba aku dan dia macam mesra dan happy gila.
Sebelum balik, singgah Sungei Wang. Ada sorang mamat ni nak beli Famous Amos. Saboo jelaa aku haha. Fadhullah Aqil pula menggedik suruh angkatkan barang-barang dia. Jadi kuli pula. Yang peliknya, Aqib marah Aqil sebab tak angkat barang sendiri. Aku senyum je time tu. Dekat Monorail, aku dengan Aqib menatap mata. Lama gilaa! Aku macam tak percaya pula aku ada hati dekat dia. Tapi time tu dia ada awek, aku diam jela. Prof cerita segala-galanya dekat aku pasal Aqib sebab aku menggedik nak tahu time tu, kononnya nak tackle :P Ada chance nak ngorat, tapi aku tunggu dulu.
Hee, first time meet budak kepeng. 2010 :D
Beberapa hari kemudian, aku message dia. Aku message pada mulaya saje nak mengacau tapi ayat si Aqib ni macam ayat nak buat aku cair. Haihh, lagi laa aku melayan kan? Mana taknya, dah aku ada hati dekat dia. Masa dia baru hantar message, aku call damia. Aku cerita punya lebat kononnya Aqib ni suka aku. Dia mintak couple segala haram jadah aku dok reka cerita hahaha. Aku kuat perasan :P Esoknya pula, Aqib message aku. Aku pun terkejut aa sebab dia hantar good morning message dekat aku. Macam boyfriend aku pula. Pagi-pagi lagi aku dah jadi angau. Tengah hari tu dia minta couple. Mula-mula, aku memang ingat dia gurau-gurau sebab dia suka buat taik dengan aku haha tapi dah 2 3 hari baru aku tanya dia, kita betul-betul couple or tidak. Dia punya jawapan punyalah serious, so aku diam jelaa :DD Masa baru couple, dia tak tahu nak panggil aku apa. Mula-mula
SAYA AWAK
then, terus
SYG BIEE
Alahaii, gedik nak mampus. Aku bahagia dengan dia. Dah hampir 7 bulan aku dan dia. So far so good. Kami mesra, kami manja, kami comel. Nampak tak? Kalau tak nampak pergi cuci mata kau elok-elok. Fyi, kami dah sah berkahwin okay:) Kenapa awal sangat? Sebab aku dan dia dah menggatal hahaha. Janji family kitorg restu. kan bie kan? :P
AKU HARAP SANGAT HUBUNGAN AKU DAN DIA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. INSYAALAH. AMIN :)